Friday, January 22, 2010

Penantian Berakhir



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia



Janji Tapai (prosa)













[Ahmad Iman Iskandar dalam berbagai-bagai gaya First Day Cover pada 21 Januari 2010]








Khamis 21 Januari 2010 jam 7.23 pagi. Aku baru saja bergelar 'datuk'. Gelaran ini amat bermakna. Bukan anugerah manusia tetapi langsung kedatangannya dari Allah Yang Maha Esa. Tuhan Yang Maha Kuasa. Kiranya dapat dimengerti inilah saat yang lama aku dan seluruh keluargaku nanti. Saat datangnya ahli baru untuk menambah bilangan dalam famili. Dan . . . aku berdoa, semoga datangnya ahli ini membawa bersama kualiti yang tinggi ke dalam keluarga ini nanti.



Alhamdulillah Ya Allah. Kau anugerahkan kepada famili kami seorang putera yang comel dan sempurna . . . dan kami berdoa . . . semoga kecomelan dan kesempurnaan putera ini berkekalan hingga ke akhir masa.


Akan aku tuliskan dengan lebih terperinci tentang tambahan ahli terbaru dalam keluargaku . . . Tunggulah andainya sudi . . . blog yang akan menyusul . . . tidak lama lagi!



dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

No comments: