Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Respect le sikit . . .
Ha . . . baru rasa lega dapat berbicara semula di blog Atuk Majid ni. Dah agak lama juga tak berkesempatan enter frame . . . Asyik sangat dengar warga senior punya ceritera. Itulah inilah . . . sampai tak fokus pada kisah Aii yang sudah lama nak diketengahkan ni. Dah ada peluang ni Aii nak tunjuk "belang" sikit . . . bolehlah ya Pak Lang dan Mak Lang. OK terima kasihlah kalau begitu.
Sebenarnya apa yang Aii nak cerita ni biasa aje . . . Ketika itu Aii baru berusia kira-kira kurang daripada sebulan. Suatu petang perut Aii tiba-tiba saja terasa "kembung". Macam ada sedikit angin di dalamnya. Macam-macam telah dilakukan oleh Opah Alimah kapada perut Aii. Sapu itu sapu ini, gosok itu gosok ini, urut tu urut ni . Tak juga baik-baik. "Kembung" perut Aii berlarutan hingga ke lewat petang. Hampir masuk waktu Maghrib . . . agaknya Atuk Majid dah tak tahan melihat keadaan Aii yang tak selesa . . . lantas dia menelefon kawan baik lamanya . . . Atuk Jamil Saeran.(Seorang lagi Atuk Ghazali ada di Gombak).
Cakap punya cakap tiba-tiba Aii terdengar Atuk Majid berkata . . .
"Mil . . . cucu aku si Ahmad ni asyik tak selesa perutnya dari tadi le. Apa nak buat ha?"
Lepas tu Aii tak tahu le apa yang kedua-dua Atuk tu cakapkan. Suka hati mereka le. Respect le sikit . . . mereka tu orang lama.
Sebentar kemudian kedengaran Azan Maghrib. Aii senyap le sekejap . . . Atuk Majid nak tunaikan solat . . . Respect le sikit. Sebaik saja Atuk Majid selesai solat terdengar orang memberi salam di pintu depan rumah. Aii belum pandai jawab lagi. Bagi chance le orang senior yang jawab. Respect le sikit.
Rupanya yang tercegat di depan pintu itu ialah Atuk Jamil dan Nenek Azizah. Atuk Majid sambut kedatangan mereka itu dengan ceria.
Atuk Jamil segera berkata," Nah Jid engkau ambil minyak ni. Sapu perut Ahmad sikit. Insya Allah nanti baiklah dia. Aku dah banyak cuba gunakan pada cucu-cucuku . . . mujarab."
"Bagus le Mil, nanti aku cuba," jawab Atuk Majid selamba.
"Ok lah Jid . . . aku kena balik cepat ni," kata Atuk Jamil dengan tiba-tiba sahaja.
Atuk Majid faham Atuk Jamil tak boleh drive dalam cuaca hujan pada waktu malam. Jadi dia tak menahan Atuk Jamil lama lagi. Sebelum turun hujan Atuk Majid dah suruh Atuk Jamil bergerak pulang.
Bayangkan Atuk Jamil yang tinggal jauh di Taman Seri Sikamat, Kajang sanggup datang ke d'SUARANG selepas sahaja menerima panggilan telefon daripada Atuk Majid . . . semata-mata untuk menghantarkan minyak urut itu!
Setelah Atuk Jamil dan Nenek Azizah pulang, perut aku pun digosokkan minyak yang diberi mereka tadi. Perut aku berasa lega sedikit. Sambil keadaan perut aku semakin terasa relaks digosok minyak oleh Opah Alimah aku terdengar Atuk Majid berkata kepada Opah Alimah.
"Kita telah terhutang budi kepada Jamil dan Azizah. Kita kenalah balas dengan cara biasa orang kita melakukannya kemudian kelak."
Aku tak faham apa maksud Atuk Majid. Suka hatilah . . . kan mereka orang lama . . Respect le sikit.
Pada Rabu 7 Mac 2010 baru le Aii jelas sikit (sikit sahaja kerana masih tetap confuse secara menyeluruh) tentang maksud yang terselindung di sebalik kata-kata Atuk Majid tu. Rupanya Aii kena pergi rumah Atuk Jamil. Kena pay respect le . . . kena kenang budi. Bak kata orang . . .
"Orang berbudi kita berbahasa"
Maka demikian kisahnya mengapa Aii pergi ke Taman Seri Sikamat, Kajang . . . Menghormati orang-orang lama yang lebih berpengalaman daripada Aii . . . Respect le sikit . . . dan mengikat silaturahim baru dengan Atuk Jamil, Nenek Azizah dan keluarganya.
Kemudian Aii terdengar Atuk Jamil memberi tahu Nenek Azizah,"Cucu baru kita dah datang ni."
Aii semakin confuse. Tapi tak apa le. Pokoknya Aii pun suka. Ok Atuk Jamil & Nenek Azizah. Kira done le.
Fikir punya fikir . . . barulah Aii ketahui rupanya sampai begini orang mesti mengenang budi orang lain kapadanya. Aii pun mahu jadi orang yang mengenang budi. Janganlah hendaknya ada orang yang nanti menganggap Aii sebagai budak yang "tidak menghargai kebaikan orang lain."
Jadi untuk mendapatkan suasana peristiwa yang lebih jelas marilah kita ikuti rangkaian foto berikut. After all . . . pictures tell tales better than words alone. So be it . . .
Hello
"Ya Lyn ... kami kat rumah Pakcik Jamil
sedang menguruskan serah menyerah Aii "
Menjawab panggilan telefon daripada
Mazlyn (Emak Aii)
"Ya Lyn ... kami kat rumah Pakcik Jamil
sedang menguruskan serah menyerah Aii "
Menjawab panggilan telefon daripada
Mazlyn (Emak Aii)
Pengesahan
"Haa dah selesai serah menyerah dak Aii ni.
Nak tuntut balik? ... kena datang rumah Acik lah"
"Haa dah selesai serah menyerah dak Aii ni.
Nak tuntut balik? ... kena datang rumah Acik lah"
Dialog 2
Nenek Azizah: Dah besar Aii ni.
Baju yang kita beli tu mesti tak muat, Bang.
Atuk Jamil: Alah, kita beli lain aje
Nenek Azizah: Dah besar Aii ni.
Baju yang kita beli tu mesti tak muat, Bang.
Atuk Jamil: Alah, kita beli lain aje
Apa Khabar?
"Bagaimana cucu Atuk Jamil ni? Perangai baik tak?"
"Baik Alyn. Dia ni memang budak baik."
Aii menyampuk ," 1st class citizen ... mem!"
"Bagaimana cucu Atuk Jamil ni? Perangai baik tak?"
"Baik Alyn. Dia ni memang budak baik."
Aii menyampuk ," 1st class citizen ... mem!"
Aii Pun Nak Join
Agak-agak sikit kata Opah Alimah
Onyang Maimunah perhati saja
Nenek Azizah le yang kendong Aii tu
Agak-agak sikit kata Opah Alimah
Onyang Maimunah perhati saja
Nenek Azizah le yang kendong Aii tu
wakil Persatuan Ulamak Kuala Ina kenalah baca.
Tetapi kerana ada yang lebih afdal . . .
Tuan Hj Jamil sahajalah yang baca.
Tetapi kerana ada yang lebih afdal . . .
Tuan Hj Jamil sahajalah yang baca.
Bergambar Kenangan
Dari kiri: Penulis, Mazlyn, Alimah, Hjh Azizah,
Hj Jamil, Hjh Maimunah, Linda (mendukung Aii)
Membongkok di hadapan ialah Mira & Azreen
Dari kiri: Penulis, Mazlyn, Alimah, Hjh Azizah,
Hj Jamil, Hjh Maimunah, Linda (mendukung Aii)
Membongkok di hadapan ialah Mira & Azreen
Dari kiri: Penulis, Mazlyn, Halim, Alimah, Hjh Azizah,
Hj Jamil, Hjh Maimunah, Linda (mendukung Aii)
Mira ditengah-tengah dengan Victory sign
Hj Jamil, Hjh Maimunah, Linda (mendukung Aii)
Mira ditengah-tengah dengan Victory sign
Dari kiri: Penulis, Mazlyn, Halim, Alimah, Hjh Azizah,
Hj Jamil, Hjh Maimunah, Linda (mendukung Aii) & Mira
Hj Jamil, Hjh Maimunah, Linda (mendukung Aii) & Mira
Sebelum zaman Merdeka lagi he, he
tak penat ke?
A Thorn Among Roses
Aii dikelilingi wanita ...
Belakang: Hjh Azizah,
Linda (mendukung Aii), Mira, Mazlyn
Depan: Azreen
Aii dikelilingi wanita ...
Belakang: Hjh Azizah,
Linda (mendukung Aii), Mira, Mazlyn
Depan: Azreen
Persalinan
Demikian serba ringkas kisahku (Aii) pergi mengunjungi Atuk Jamil dan Nenek Azizah sekeluarga sebagai tanda menghargai budi mereka terhadapku ketika aku "kembung" perut. Terima kasih Atuk dan Nenek yang sudi menerima kunjungan saya pada 7 Mac 2010 itu. Terima kasih juga kapada semua auntie (yang muda tu kakak le ) yang telah mendukung aku . . . relaks rasanya. Lain kali dukung lagi ya.
Kapada Atuk Majid dan Opah Alimah . . . Aii ucapkan terima kasih kerana telah mengajar Aii bagaimana menghargai jasa orang terhadap diri kita. Insya Allah Aii akan ingat pengajaran ini sampai akhir masa.
Sebelum Aii terlepas pandang . . . Thank U Very Much le Atuk Jamil dan Nenek Azizah kerana memberi Aii rasa manisan (madu) ketika tiba di sini tadi. Terima kasih juga kerana memberi Aii persalinan dan pinggan mangkuk . . . tanda berkeluarga. Aii lak berharap Atuk Jamil dan Nenek Azizah senang dengan pulut kuning dan rendang yang Aii bawa untuk Atuk dan Nenek tadi. Itu tanda respect le . . .
Bye, bye Atuk Jamil dan Nenek Azizah sekeluarga. Lain kali kita jumpa lagi ya. Bila-bila ada kelapangan waktu . . . kunjungilah Aii lak . . . Aii mesti suka menerima kunjungan Atuk Jamil dan Nenek Azizah. Bolehlah Aii tunjuk kelaku sikit . . . ha, ha, ha.
Aii respect le . . .
Budi setahun segunung intan
Jadi kenangan sepanjang zaman
Atuk J dan Nenek A menjadi ingatan
Bahagialah sentiasa Aii doakan
Jadi kenangan sepanjang zaman
Atuk J dan Nenek A menjadi ingatan
Bahagialah sentiasa Aii doakan
dsuarang. blogspot.com
No comments:
Post a Comment