Tuesday, June 15, 2010

WaQtu oh WaQtu


Tuesday, June 15, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


WaQtu 


Bercakap tentang penggunaan WAKTU . . . aku terpanggil untuk menilai semula (untuk diriku sendiri terutamanya) setakat mana telah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya perkara-perkara yang bersangkutan dengan hal tersebut. Dalam hubungan ini WAKTU yang dimaksudkan ialah "waktu berkualiti" bersama ahli-ahli keluarga terdekat, sanak saudara mahupun sahabat handai. Adakah sudah cukup panjang tempoh waktu yang dihabiskan dengan ahli-ahli keluarga terdekat? Adakah sudah cukup terisi dengan bijaknya waktu yang dihabiskan bersama mereka itu? Paling utama, cukup berkualitikah waktu yang dihabiskan bersama ahli-ahli keluarga terdekat?

Kalau jawapannya sekadar "dah banyak waktu saya habiskan" atau "saya memang selalu berada di rumah" atau " pada hujung minggu saya sering berjalan ke mana-mana" dengan ahli-ahli keluarga terdekat, sanak saudara atau sahabat handai maka ini belum bererti sudah sempurna atau terkelola dengan bijaknya waktu yang dihabiskan itu!







Mana tidaknya. Jika setakat "menghabiskan banyak waktu" atau "selalu berada di rumah" atau "sering berjalan pada hujung minggu" tanpa waktu itu benar-benar diisi dengan perbuatan atau aktiviti yang memenuhi citarasa orang yang dilayan atau memuaskan hati golongan majoriti yang disasar (kalau pun tidak semua orang), maka sia-sia sahajalah waktu yang telah dihabiskan itu! Ini kerana tiada kesan positif yang akan wujud. Perasaan puas atau selesa juga tidak dapat dinikmati!

Contohnya, jika memang kita "menghabiskan banyak waktu" dengan ahli-ahli keluarga terdekat . . . pernah tidak kita tanyakan bagaimana waktu itu kita habiskan? Adakah kita bersama-sama mereka dalam aktiviti keluarga yang berfaedah secara berkumpulan. Adakah kita membantu menyelesaikan sebarang tugas keluarga yang tergendala? Adakah kita mengambil berat terhadap apa yang mereka lakukan? Atau adakah kita duduk bersendiri di suatu sudut tanpa menghiraukan apa yang terjadi atau berlaku di sekeliling kita? Bagaimana pula tutur kata dan budi bahasa kita terhadap mereka yang terdekat dengan kita ketika berada bersama mereka itu?







Jika kita katakan kita "selalu berada di rumah" pula, pernah atau tidak kita bertanyakan soalan-soalan ini kepada diri kita sendiri? Bagaimana kelakuan atau tindak-tanduk atau kebiasaan (
habit) kita sepanjang waktu berada di rumah? Adakah kita benar-benar telah menghabiskan masa membantu memudahkan atau menceriakan keadaan di rumah kita? Adakah kehadiran kita di rumah menolong meringankan kerja rutin atau yang agak berat? Adakah kehadiran kita itu tidak mendatangkan sebarang kesan negatif pula? Buat apa kita hadir di rumah atau di mana-mana sekalipun jika kehadiran kita tidak dirasakan bermanfaat kepada sesiapa! Perkara begini berkemungkinan berlaku apabila kita terlalu sering tidur atau mengurung diri di dalam bilik atas alasan inginkan sedikit privacy atau ingin beristirahat! Wallahualam.

Kadang-kadang kita tidak menyedari bahawa kita asyik ingin menguruskan hal-hal kepentingan diri sendiri sahaja sehingga terlupa berinteraksi dengan orang terdekat di sekeliling (dalam rumah keluarga terutamanya!). Seperkara lagi . . . waktu keluarga bersantai, kita asyik menonton TV (rancangannya pula bukan kegemaran majoriti!) atau membaca buku atau membuat kerja persendirian. Kalau inilah yang berlaku . . . apalah maknanya kehadiran kita itu. Manalah kualitinya waktu yang kononnya telah kita habiskan bersama keluarga!






Jika kita memang pula pada "setiap hujung minggu" membawa ahli keluarga ke mana-mana, maka ini tidak semestinya bermakna kita telah berkongsi masa yang berkualiti dengan mereka itu! Memang kita mungkin membawa mereka itu ke sana sini tetapi apalah ertinya kalau kita sendiri asyik "memerapkan" diri bersendirian atas alasan-alasan tertentu (yang kadangkala tidak masuk akal) ketika ahli-ahli keluarga yang lain beraktiviti beramai-ramai. Lebih baik tinggal saja bersendirian di suatu tempat yang sunyi dan sepi (tanpa kononnya sebarang "gangguan"!)

Pendeknya, jika demikian keadaannya maka tentu sia-sialah juga kita berpergian bersama keluarga ke mana-mana untuk kononnya bercuti atau bersantai di hujung minggu! Mana ada kualiti waktu yang begitu!

Apa pula halnya dengan "waktu berkualiti" pada hari-hari biasa? Pernahkah kita ambil berat bagaimana sebaik-baiknya kita isikan waktu pada hari-hari itu? Pernahkah kita ambil kira perasaan ahli-ahli keluarga terdekat ? Jika alasannya kita tidak sempat berbuat demikian kerana kita sibuk dengan tugas-tugas rasmi atau persendirian, maka sebaiknya kita duduk renungkan sebentar perkara ini kerana . . . Waktu Terus Berlalu. Fikir-fikirkanlah sendiri!





Banyak lagi contoh boleh diberikan. Tetapi, sekadar menghias laman blog ini, agak memadai aku simpulkan erti waktu berkualiti bagiku seperti berikut:




Apapun, terpulanglah kepada setiap individu menggariskan apa sebenarnya erti "waktu berkualiti" kepada mereka. Aku pasti setiap individu ada pegangan masing-masing. Dan, "waQtu" bagi mereka itu adalah hak mereka sendiri! Biarlah begitu. After all this is a free country.

















dsuarang.blogspot.com
Nuffnang Ads


No comments: