Friday, July 9, 2010
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Paul d' Selebriti 'Kurita'
Tak kiralah siapa yang akan menjulang Piala Dunia 2010. Tak kiralah siapa yang akan memenangi perlawanan akhir pada 11 Julai 2010 nanti. Sepanyol atau Jerman. Memang banyak yang diperkatakan tentang pertembungan dua pasukan gergasi bola sepak yang hebat itu . Sehari dua ini ada tajuk yang lebih hangat dibincangkan oleh ramai peminat bola sepak. Mereka yang mengikuti rapat perkembangan pertandingan Piala Dunia 2010 teruja memperkatakan tentang si Paul sotong. Tentang kebijaksanaan Paul. Tentang ketepatannya membuat ramalan. Paul semakin tersohor setelah berjaya membuat ramalan tepat enam daripada enam. Markah penuh!
Berbalik kepada kisah si Paul d' Selebriti 'Kurita'. Ada pula pihak yang tidak berpuas hati terhadap kebijaksanaannya. Khabarnya ada peminat fanatik bolasepak dan penyokong pasukan Argentina yang mengancam hendak membunuh si Paul. Hanya kerana si Paul meramalkan pasukan Jerman akan menewaskan Argentina. Dan, kebetulan pula Agentina tewas teruk 0 - 4 di tangan Jerman dalam perlawanan suku akhir itu! Kasihan si Paul. Pandai-pandai menilik dah nak kena bunuh.
Macam senasib pula engkau Paul dengan kisah budak bijak di Singapura dahulu dalam cerita "Singapura Dilanggar Todak". Budak itu berakal cerdik membantu menyelamatkan rakyat Singapura daripada serangan ikan todak. Dah dia dicemburui pula oleh para pembesar Raja. Dan, akhirnya budak pintar itu dihukum bunuh jua. Kasihan, kasihan. Pandai pun salah bodoh lagi salah!
Iktibarnya, orang bijak pandai ni memang jadi perhatian . . . sama ada perhatian itu positif atau negatif bergantunglah kepada pandangan berbagai-bagai pihak berkenaan yang memberikan perhatian itu sendiri.
Dalm hal ini si Paul telah berlaku adil juga. Dia telah meramalkan Jerman (tempat dia dipelihara di sebuah zoo) akan kecundang dalam perlawanan separuh akhir. Dan, ini telah benar-benar terjadi. Tidak ada pula reaksi negatif daripada rakyat Jerman sendiri atau para peminat pasukan bola sepaknya. Tiba-tiba peminat fanatik Argentina pula yang begitu beremosi. Hingga tergamak mengugut membunuh. Marah sangat jadinya!
Apapun, orang Malaysia tak perlu susah payah nak tunjuk emosi dalam hal sebegini. Remeh sangat. Dan, rakyat Malaysia janganlah percaya habis kepada tilikan atau ramalan yang dibuat oleh sesiapa, termasuklah si sotong tu. Kita kan ada pegangan agama! Seronok-seronok bolehlah . . . Dan, sekiranya berlaku ketepatan dalam sesuatu ramalan janganlah pula beremosi sangat hingga hendak menghapuskan sumber ramalan itu. Kesian si sotong selebriti tu!
Jagalah diri baik-baik Paul. Kat Malaysia ini ada ramai penggemar mu. Penggemar makan sotong pun ramai!
dsuarang.blogspot.com

Mujurlah Paul diberitakan hanya membuat ramalan apabila pasukan Jerman turun bermain. Paul tidak meramalkan keputusan pelawanan di antara pasukan-pasukan lain. Pendeknya para peminat bolasepak Piala Dunia 2010 ini yang gemar membuat "pertaruhan" (berjudi le tu) tidak akan mendapat petunjuk atau "clue" untuk "bertaruh" dalam perlawanan akhir di antara Sepanyol dengan Belanda nanti.
Berbalik kepada kisah si Paul d' Selebriti 'Kurita'. Ada pula pihak yang tidak berpuas hati terhadap kebijaksanaannya. Khabarnya ada peminat fanatik bolasepak dan penyokong pasukan Argentina yang mengancam hendak membunuh si Paul. Hanya kerana si Paul meramalkan pasukan Jerman akan menewaskan Argentina. Dan, kebetulan pula Agentina tewas teruk 0 - 4 di tangan Jerman dalam perlawanan suku akhir itu! Kasihan si Paul. Pandai-pandai menilik dah nak kena bunuh.
Macam senasib pula engkau Paul dengan kisah budak bijak di Singapura dahulu dalam cerita "Singapura Dilanggar Todak". Budak itu berakal cerdik membantu menyelamatkan rakyat Singapura daripada serangan ikan todak. Dah dia dicemburui pula oleh para pembesar Raja. Dan, akhirnya budak pintar itu dihukum bunuh jua. Kasihan, kasihan. Pandai pun salah bodoh lagi salah!
Iktibarnya, orang bijak pandai ni memang jadi perhatian . . . sama ada perhatian itu positif atau negatif bergantunglah kepada pandangan berbagai-bagai pihak berkenaan yang memberikan perhatian itu sendiri.
Dalm hal ini si Paul telah berlaku adil juga. Dia telah meramalkan Jerman (tempat dia dipelihara di sebuah zoo) akan kecundang dalam perlawanan separuh akhir. Dan, ini telah benar-benar terjadi. Tidak ada pula reaksi negatif daripada rakyat Jerman sendiri atau para peminat pasukan bola sepaknya. Tiba-tiba peminat fanatik Argentina pula yang begitu beremosi. Hingga tergamak mengugut membunuh. Marah sangat jadinya!
Apapun, orang Malaysia tak perlu susah payah nak tunjuk emosi dalam hal sebegini. Remeh sangat. Dan, rakyat Malaysia janganlah percaya habis kepada tilikan atau ramalan yang dibuat oleh sesiapa, termasuklah si sotong tu. Kita kan ada pegangan agama! Seronok-seronok bolehlah . . . Dan, sekiranya berlaku ketepatan dalam sesuatu ramalan janganlah pula beremosi sangat hingga hendak menghapuskan sumber ramalan itu. Kesian si sotong selebriti tu!
Jagalah diri baik-baik Paul. Kat Malaysia ini ada ramai penggemar mu. Penggemar makan sotong pun ramai!
dsuarang.blogspot.com
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Subscribe to: Post Comments (Atom)
0 comments: