Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sejenak di Sungai Jagung
Walaupun untuk sebentar waktu kami singgah di situ . . . kami rasa amat gembira kerana dapat berada di sana.
Demikian jika hendak dibuat kesimpulan tentang trip kami ke utara Semenanjung tempoh hari. Trip yang dimaksudkan bukan berlaku secara sengaja. Sesungguhnya pada mulanya aku dan isteriku tidak langsung "masuk gambar" bak kata orang, dalam jadual atau rancangan trip ini.
Perkara ini berlaku sedemikian semata-mata kerana Halim dan Norshafini merancang balik ke kampung (rumah ibu bapa Norshafini) di daerah sebelah sana pada hujung minggu yang berkenaan (23-25 Oktober). Roy pula ada bicara kes di Butterworth pada hari Isnin itu dan Anum ingin turut serta membawa Ajim 'melancong' ke utara. Afzan dengan misinya yang tersendiri . . . ikut balik kampung juga . . . balik Tanjung lah.
Maka cerita punya cerita . . . aku secara spontan berkata . . . "Why not all of us travel together man!" Aku pun dah lama tak ke daerah sana. Jawapan daripada anak-anakku mudah . . . "Let's go".
Dalam perjalanan ke destinasi sebenar, aku dan Alimah serta ahli keluarga sempat singgah di Sungai Jagung ke rumah adinda saudara kami. Kami ingin menemui Adinda Rosli dan Azizah di sana. Sudah agak lama kami tidak berjumpa mereka . Sekurang-kurangnya dapat juga melepaskan rindu. Anum dan Roy bersama Ajim terus ke Pulau Mutiara.
Sesampai di sana . . . aku kagum lagi dengan pemandangan alam sekeliling. Amat mententeramkan jiwa. Menyegarkan raga. Ketika aku singgah di sini dahulu . . . sawah belum menghijau seperti ini! Belum seindah ini! Lihatlah sendiri foto-foto yang dapat dirakamkan pada hari tersebut.
AESTHETICISM . . .
Halim & Norshafini enjoying the greenery of vast paddy land . . .
(bukan tanaman pokok 'beras' ... le)
(bukan tanaman pokok 'beras' ... le)
SKILL LOMPATAN BENDANG
Adinda Rosli dan Azizah pula seperti dahulu amat mengambil berat kedatangan kami. Walaupun mereka seperti biasa sibuk mengendalikan tugas "kontraktor" bagi rumah kaum keluarga (kali ini rumah adinda Zul) di sana . . . mereka masih sempat berkejar pulang ke rumah untuk menerima kunjungan kami. Sempat pula menyediakan dan menghidangkan makanan petang buat kami serombongan.
Bersiar-siar ambil angin petang tepi bendang. Tapi belakang tu nampak macam English Cottage lak. Kat mana sebenarnya ni?
Alamak sedap sungguh kami makan mee kari yang Adinda Rosli dan Azizah sediakan tadi . . . walaupun dengan amat tergesa-gesa. At very short notice kata orang! Terima kasih Chef Rosli yang dibantu Asst Chef Azizah.
Tuan Rumah Yang Budiman
Left: Tuan Hj Rosli aka Chef cum Quantity Surveyor (QS) & Right: Pn Hjh Azizah aka Asst Chef cum Building Contractor . . .
Kami bersembang sejenak di Sungai Jagung sebelum berangkat menuju destinasi seterusnya di Kuala Ketil. Sepetang di Sungai Petani sungguh menyeronokkan. Hingga berjumpa lagi . . .
dsuarang.blogspot.com
2 comments:
Salam Uda!
Tk paparan yg memang nostaljik buat saya...dulu2 masa Ayahnda Hj Aziz masih kuat ..kami blk buka puasa akhir Ramadhan di LOT 10,Sungai Jagong,Sungai Layar,Sungai Petani(3 Sg)...sementara dok tunggu beduk berbunyi dok melayan fikiran serta menikmati suasana ptg menunggu sang matahari terbenam DI UFUK BARAT...MASYAALLAH ---SUBHANALLAH begitu cantik pemandangan dgn angin sepoi2 bahasa....membuatkan air mata berderai.....dok teringat samada dapat jumpa Ramadhan saterusnya atau tidak!!!!! itulah DUNIA yang kini sedang di tinggalkan...moga2 kita di BERKATI DAN di RAHMATI ALLAH SWT ..AMIN!
Salam adinda Basri,
Memang amat indah pemandangan alam sekeliling di situ pada waktu itu. Keindahan yang dianugerahkan-NYA kepada kita walaupun untuk sementara. Insaf kita jadinya. Ya Allah memang tiada apa atau siapa yang dapat menandingi MU.
Dan . . . semakin sedar hambamu ini betapa kerdilnya diri kami semua!
Post a Comment