Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Ronda-ronda di Tanjung
Selepas petang tadi di Sungai Petani, aku dan Alimah ke Kuala Ketil pula. Sambil berjalan sambil jenguk besan. Sembang-sembang sampai hampir malam. Kemudian terus ke Pulau Mutiara.
Tiba di George Town kira-kira jam 9.30 malam. Esok bolehlah ronda-ronda sikit kat Pulau Mutiara ni. Dah agak lama juga tak ke mari. Ajim, Roy dan Anum pun ada bersama. Ajim tentu suka.
Tiba di George Town kira-kira jam 9.30 malam. Esok bolehlah ronda-ronda sikit kat Pulau Mutiara ni. Dah agak lama juga tak ke mari. Ajim, Roy dan Anum pun ada bersama. Ajim tentu suka.
Pagi 24 Oktober kami pun keluar ke bandar untuk bersiar-siar dan sambil itu . . . of course . . . lagak artiste le . . . terlibat dalam sesi demi sesi photo shoot. Ms Afzan (yang balik kampung dia le . . .) menjadi tourist guide dan juru kamera kami. TQ. Hasilnya boleh-bolehlah, seperti berikut . . . jangan mare . . .
Bergambar sakan di sekitar Gurney Drive, George Town
Menghabiskan sedikit waktu (dan duit le ...) di OFO Pulau Pinang
Berkunjung & Makan Tengah Hari
di Desa Selatan
di Desa Selatan
Terima kasih (daun keladi . . . he, he) diucapkan kepada keluarga Tuan Amer Yusoff & Puan Asni Awang di Desa Selatan, Jalan Jelutong, George Town kerana sudi memberikan kepada kami layanan yang amat istimewa ketika kami mengunjungi mereka di rumah pada tengah hari itu.
Kami dapat menikmati makanan masakan tuan rumah sendiri yang tentunya jauh lebih lazat dan hebat daripada banyak restoran atau kedai makan nasi kandar terkenal di Pulau Mutiara ini. Kalau tak serik lain kali jemputlah kami lagi . . . he, he.
Salam . . . hingga kita jumpa lagi.
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment