Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Welcome to d' M Club
Dengan lafaz, "Aku terima nikah . . . dengan maskahwinnya . . . tunai . . ." melalui ijab dan kabul yang dipimpin imam merangkap jurunikah bertauliah Ustaz Hj Ahmad Jamaluddin bin Mohd Salleh maka sahlah pernikahan Muhammad Asyraf bin Mhd Pauzi dengan Nordiana Azni bt Alias.
Begitu kata sebulat suara kedua-dua saksi utama Lt Kol (B) Hj Basri bin Omar dan Tuan Mohd Yunus bin Mat Kechik yang bersaksikan pula ramai para hadirin lain yang hadir dalam majlis pernikahan pasangan mempelai berkenaan.
Majlis gilang gemilang bagi dua insan yang saling cinta mencintai ini berlangsung pada Sabtu 27 November 2010 di rumah pihak perempuan beralamat di 25, Lorong Seri Teruntum 115, Seri Teruntum, sebuah taman perumahan di Kuantan, Pahang.
Tunggu sat kata mak pengantin . . . Pengantin kata apa? Encik Ahmad tu lak bukan main lagi ha . . .
Sementara menunggu upacara pernikahan bermula tuan rumah menjemput para tetamu menjamah hidangan ringan yang disajikan. Alhamdulillah . . . murahnya rezeki semua ahli rombongan pengantin lelaki hari ini.
Majlis pernikahan bermula pada jam 11.00 pagi dan selesai pada kira-kira jam 12.30 tengah hari. Tuan Alias bin Ibrahim, bapa kepada pengantin perempuan Nordiana sendiri menikahkan pasangan mempelai ini.
Begitu kata sebulat suara kedua-dua saksi utama Lt Kol (B) Hj Basri bin Omar dan Tuan Mohd Yunus bin Mat Kechik yang bersaksikan pula ramai para hadirin lain yang hadir dalam majlis pernikahan pasangan mempelai berkenaan.
Majlis gilang gemilang bagi dua insan yang saling cinta mencintai ini berlangsung pada Sabtu 27 November 2010 di rumah pihak perempuan beralamat di 25, Lorong Seri Teruntum 115, Seri Teruntum, sebuah taman perumahan di Kuantan, Pahang.
Tunggu sat kata mak pengantin . . . Pengantin kata apa? Encik Ahmad tu lak bukan main lagi ha . . .
Cerita-cerita le sikit sementara nak tunggu upacara akad nikah. Sembang-sembang mesra keluarga.
Sementara menunggu upacara pernikahan bermula tuan rumah menjemput para tetamu menjamah hidangan ringan yang disajikan. Alhamdulillah . . . murahnya rezeki semua ahli rombongan pengantin lelaki hari ini.
Makan-makan le sikit . . . alas perut kata orang
Kiri: Penulis bersama Mhd Pauzi Omar bapa pengantin lelaki.
Kanan: Pn Hjh Zawiyah bersama Zaleha Hj Mat Kechik ibu pengantin perempuan.
Kanan: Pn Hjh Zawiyah bersama Zaleha Hj Mat Kechik ibu pengantin perempuan.
Majlis pernikahan bermula pada jam 11.00 pagi dan selesai pada kira-kira jam 12.30 tengah hari. Tuan Alias bin Ibrahim, bapa kepada pengantin perempuan Nordiana sendiri menikahkan pasangan mempelai ini.
Wah . . . sekali sahaja dibuka 'ijab' oleh Tuan Alias . . . sekali juga disambut 'kabul' oleh Asyraf. Alahai, bagaikan dah diprogram kelancaran lafaznya. Dah cukup raptai semestinya!
Maka dengan demikian terkabullah hasrat kedua-dua insan ini menjadi suami isteri . . . dan sekaligus pula menangislah dengan penuh penyesalan segala syaitan yang berkeliaran!
SYABAS dan TAHNIAH . . . diucapkan kepada Asyraf dan Nordiana. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat "masjid" yang terbina atas dasar suka sama suka ini. Amin.
Satu dua perkara yang dapat penulis jadikan pengetahuan baru daripada majlis akad nikah ini ialah pertamanya jurunikah meminta Asyraf membisikkan kepada Nordiana kata-kata,"Assalamualaikum wahai isteriku . . . terimalah maskahwin ini daripadaku" ketika upacara menyerahkan maskahwin sebelum acara membatalkan air sembahyang.
Foto kiri : Inilah maskahwin untuk U. Foto kanan: Cincin pun I bagi sekali
Perkara kedua ialah jurunikah telah membuat perisytiharan rasmi memasyhurkan pernikahan pasangan mempelai ini yang berbunyi lebih kurang begini, "Saya . . . dengan ini mengisytiharkan Muhammad Asyraf bin Mhd Pauzi dan Nordiana Azni bt Alias sebagai pasangan suami isteri yang sah," pada akhir majlis.
Secara jujur penulis ingin menyatakan bahawa sepanjang penulis menghadiri mana-mana majlis akad nikah inilah kali pertama penulis mendapati jurunikah melakukan dua perkara seperti tersebut di atas.
Pada akhir majlis, jurunikah seterusnya menerangkan dengan jelas dan lengkap kepada pasangan pengantin tentang apa tindakan yang perlu diambil untuk memenuhi syarat-syarat mendapatkan dokumen-dokumen pengesahan pernikahan mereka dengan cepat dan tepat. Syabas diucapkan kepada jurunikah yang amat prihatin ini. Jarang sekali perkara begini dilakukan oleh ramai jurunikah!
Selepas selesai segala urusan pernikahan itu rombongan pengantin lelaki pun bergerak pulang ke Leenai Homestay di Lorong Sri Kuantan 51 yang disediakan khas untuk kami oleh pihak perempuan.
Di banglo inilah kami membuat segala persiapan untuk majlis pernikahan Asyraf-Nordiana pada malam sebelumnya.
Penghargaan khas ditujukan kepada Zawiyah & Mazlyn yang bersengkang mata dari selepas maghrib hingga hampir waktu subuh untuk menyiapkan barang 'hantaran'. Kepada mereka yang menemani . . . walaupun setengah jalan . . . terima kasih juga diucapkan.
Di sini jugalah kami menginap dengan selesanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak tuan rumah yang telah bersusah payah menyediakan segala kemudahan.
[Catatan penghargaan: Penulis ingin mengucapkan TKDK (terima kasih daun keladi) kepada adinda Mhd Pauzi Omar & Salehah Ghazali khasnya kerana sudi mempelawa kami ke majlis ini dan seluruh keluarga mereka amnya kerana turut memberikan layanan istimewa kepada kami semua yang menyertai rombongan ini . ]
Tuan Hj Ghazali Ismail & Pn Hjh Che Tom
dikelilingi kaum keluarga & sahabat handai
sebelum berangkat menghadiri kenduri di Seri Teruntum
dikelilingi kaum keluarga & sahabat handai
sebelum berangkat menghadiri kenduri di Seri Teruntum
[Dan, makan di 'persinggahan' ikan bakar di Tanjung Lumpur tu (pada malam sebelum hari pernikahan Asyraf-Nordiana) . . . sungguh menyelerakan . . . ada kelasnya tersendiri!]
The photos (above) speak for the occasion . . . A thoroughly joyous and enjoyable one
Berbalik kepada majlis perkahwinan . . . setelah berihat sebentar di Leenai Homestay, pada jam 1.30 petang kami serombongan pergi semula ke Seri Teruntum untuk acara kenduri di rumah pengantin perempuan. Beraraklah kami dengan kumpulan kompang megiringi rombongan pengantin lelaki hingga ke khemah majlis.
Dah mai dah . . . Rombongan dari merata-rata . . . hmm Kulim, Pendang, Ampang, Keramat & USA . . . tu yang kat belakang dalam foto kanan!
Pengantin perempuan pun dah sampai . . .
Geraklah sekarang . . .
Geraklah sekarang . . .
Kami semua dipersilakan menjamu selera dalam majlis kenduri sempena perkahwinan ini. Sambil makan sambil berbual-bual akhirnya selesailah makan beradab di meja utama dan juga meja-meja makan rombongan pengantin lelaki yang lainnya.
Masih sabar menunggu . . . biar le pengantin mula dulu. (Terdengar bisikan entah oleh siapa," Cepatlah sikit pengantin!") . . . acah aje!
Ahli rombongan yang lain pun turut serta dalam majlis makan beradab . . . Encik Ahmad & Mazlyn kelihatan di meja makan . . .
Setelah menjamu selera ada acara bergambar di pelamin. Selesai berkenal-kenalan antara saudara mara kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan kami pun menghulurkan salam perpisahan untuk pulang.
Di akhir majlis seperti ini . . . tentulah ada sedikit rasa penat atau letih. Namun semua yang telah hadir menjayakan majlis tetap pulang ke tempat masing-masing dengan hati yang riang dan pengalaman yang penuh kenangan.
STOP PRESS
Kami sempat ke pantai yang indah ini sebelum pulang ke KL . . .
. . . Encik Ahmad dapat le main bola pantai jap . . .
. . . dan Encik Ahmad kagum dengan kehadiran sang kera
. . . demikian kisah jelajah ke Kuantan. Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat.
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment