Wednesday, March 9, 2011

Gemilang Seharian


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dirgahayu Cucu-Cucuku


Ada di antara kawan-kawan dan sanak saudaraku yang datang untuk menambahkan seri majlis aqiqah dan potong jambul cucu-cucuku pada hari Sabtu 26 Februari 2011 yang lalu membuat komen begini:

"Hai besar-besaran nampak . . . semacam punya grand majlis ini . . . siap dengan kad jemputannya bagai . . . "

Aku tersenyum saja dan memberikan respons begini terhadap komen mereka itu:

"Alah biasa aje . . . Kad jemputan tu kami buat kerana ramai orang yang tak berapa tahu lokasi majlis ini diadakan. Bukan nak tunjuk grand semacam!"




Dari kiri: Anum, Roy (dukung Azim),
Alyn, Shidi (dukung Ahmad), Amy (dukung Umar) , Liza






Memetik kata kawan-kawanku lagi . . . " Wah demi cucu sanggup kau buat macam ni ya . . . Jid."

Aku tidak memberikan jawapan yang lengkap (atau ikhlas?) kepada mereka agaknya apabila aku sekadar mejawab dengan perkataan . . . "Ya" . . . sahaja.

Sebenarnya aku sendiri suka juga majlis aqiqah dan potong jambul ini diadakan di sini . . . di Wisma Kota . . . setelah sering mengadakan berbagai majlis di d' SUARANG.



Wisma Kota & Perkarangannya


Sekurang-kurangnya dapat beralih angin kata orang. {Si jiran omputih aku ni mencelah lagi . . .
"For a different ambience . . . at the least," katanya.}

Bagi kawan-kawanku pula . . . senang saja. "A change of wind" . . . Terjemahan mudah dan terus mereka berikan! Suka hati le.



Koc kereta api (dalam proses pengubahsuaian) dan kolam ikan sekeliling premis Wisma Kota



Aku bukan nak alih fokus kepada pelajaran BI pula. Aku cuma nak cerita sikit tentang majlis aqiqah untuk ketiga-tiga orang cucuku Ahmad Iman Iskandar (Ahmad), Azim Muqry Basrie (Ajim) dan Umar Ilham Majid (Umar).


Sebelum meneruskan cerita tentang majlis tersebut aku ingin menyampaikan rasa amat terhutang budi kepada adinda Lt Kol (B) Basri Omar yang telah merintis jalan membolehkan aku mengadakan majlis di Wisma Kota yang indah ini.




Kedua-dua foto kanan dan kiri: PW 2 Sulaiman (kiri) & Lt Kol (B) Basri Omar


Aku tentunya juga amat menghargai budi tinggi Lt Kol Sidek, PW 2 Sulaiman dan Mej Zulki serta para anggota pengurusan premis Wisma Kota (termasuk Sap Zol) kerana mengizinkan kami menikmati penggunaan ruang dan kemudahan mengadakan majlis di sini.

Seyogia disebut Lt Kol Sidek boleh dikatakan bergerak secara bersendirian {"Almost single-handedly" bak kata si omputih jiranku itu} menguruskan segala hal ehwal bersangkutan pembangunan Wisma Kota.



Foto kiri: Lt Kol Sidek (kiri) & Penulis. Foto kanan: Penulis (kiri) & Lt Kol Sidek


Beliau merancang, mengawasi dan melaksanakan segala kerja memulihara lanskap, membaik pulih dan menyenggara bangunan dan kemudahan ruang termasuk lekapan dan perabot dsb. Lt Kol Sidek berusaha sedemikian dari mula lagi hingga ke peringkat yang ada sekarang.







Kedua-dua foto kanan & kiri: Penulis (kiri) & Lt Kol Sidek


Syabas Lt Kol Sidek. Penulis secara peribadi mengangkat 'tabik' atas segala usaha tuan membangunkan Wisma Kota dan kawasan sekitarnya. Suatu usaha yang bukan mudah!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan-tuan sekalian. { Jiran omputih aku kata, " Thanks fellas for allowing us the perks of enjoying the facilities here." }

Sesungguhnya ingin aku nyatakan sekali lagi (dulu aku pernah gambarkan perkara yang serupa dalam artikel 'Agam Di Tengah Kota' terbitan Thursday 13 2011) tentang betapa indahnya tempat ini dan pemandangan sekitar kawasan kelilingnya. A mixture of both atmosphere . . . natural and man-made!








10 Foto di atas: Pemandangan alam sekeliling dari dalam perkarangan Wisma Kota



Anda dapat menikmati kesegaran menghijau pohon-pohon di sekeliling. Pada waktu yang sama anda juga dapat melihat keindahan
skyline moden Bandaraya Kuala Lumpur. Alhamdulillah.

Berbalik kepada perjalanan majlis.

Semua ahli keluarga dan sanak saudara menyumbang dalam usaha menjayakan majlis ini. Aku amat menghargai segala sumbangan yang mereka berikan baik dalam bentuk tenaga mahupun mata benda dan wang ringgit. Terima kasih.





















Ahli keluarga & sanak saudara yang merupakan sebahagian daripada tenaga resepsi



Majlis dimulakan dengan pemasyhuran nama dua orang cucuku. Pemasyhuran nama dilakukan untuk Azim dan Umar sahaja kerana majlis pemasyhuran nama Ahmad telah diadakan pada tahun lalu. Ustaz Hj Hassan melakukan acara pemasyhuran nama ini.


Acara pemasyhuran nama



Pemasyhuran nama ini disusuli pembacaan al-Quran oleh Tuan Hj Mohd Isa, Imam Surau Ar-Raudah.


Pembacaan Al-Quran oleh Tuan Hj Isa


Kemudian berlangsung pula acara berzanji oleh jemaah daripada Surau Ar-Raudah dan Masjid Al-Khairiah.






Acara berzanji
Foto kiri: Tuan Hj Kassim memperkatakan sesuatu kepada anak muda Tuan Hj Nordin Baba.
Foto kanan: Mej Jen (B) Datuk Abdul Rahman Khamis diapit penulis & Tuan Hj Kamarudin Din


Tamat berzanji . . . disambung pula dengan marhaban. Para hadirin bersama-sama dengan kumpulan marhaban surau dan masjid melagukan puji-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW . . . mengiringi pemotongan jambul dua 'bujang' cilik . . . Azim dan Umar.







Ustaz Hj Hassan memulakan acara Marhaban









Foto kiri: Dari kiri - Hj Razak, Hj Idrus, Hj Ahmad Ratam, Tuan Kamaruzaman, Hj Rais & Tuan Mohd Nor Idris
Foto kanan: Dari kiri - Penulis, Hj Harun Saeran (belakang), Mej Jen (B) Datuk Abdul Rahman Khamis, Hj Kamarudin Din & Hj Jamil Saeran



Acara marhaban


Ha, ah { bahasa ala klasik sikt le. . .} maka sejurus kemudian . . . oleh para hadirin yang sudi . . . dipotonglah jambul kedua-dua anak teruna itu. Nampaknya Azim dan Umar tak ambil kisah pun. Mereka kelihatan ceria saja.

Mungkin mereka cuma sedikit confused tentang apa yang sebenarnya berlaku. Tak kanlah ramai sangat barber nak gunting satu kepala ni . . . he, he.

Apa pun Azim dan Umar mengucapkan terima kasih kepada semua Moyang, Atuk, Opah / Nenek, Pakcik, Makcik dan rakan-rakan sekalian kerana sudi turut serta dalam acara yang penuh meriah dan bermakna ini. Ringan sikit rasa kepala kami . . . he, he.




Ustaz Hj Hassan bersalaman dengan Tuan Hj Lokman

Tuan Hj Lokman Shariff (bapa saudara penulis) memulakan acara potong jambul . . .



























Tuan Hj Nordin Baba turut memotong jambul cucu-cucu ini . . .











Tuan Hj Mustapha A Rahman pun tak lepas peluang . . . potong Pa . . . Nak botakkan pun OK . . .


Atuk Hj Harun pun ambil giliran . . . potong aje jambul si Azim & si Umar tu Run . . . Biar tumbuh rambut lebih krenton!





Ha . . . ini lak Atuk Jamil . . . sapa tak kenal . . . kaki potong tu . . . rambut aje le! Ekor rempit budak-budak tu kasi buang Mil . . . he, he. Baru dia orang respect siapa Atuk Jamil.





















Semua foto di atas menunjukkan aktiviti marhaban dan pemotongan jambul yang berkenaan
(Caption yang lebih detail nanti penulis uruskan waktu lain ya . . . dah penat beb . . .)


Selepas selesai segala acara untuk sehari gemilang ini . . . tahlil dan doa selamat pun dibacakan dengan sesempurnanya . . . untuk manfaat semua yang hadir . . . sebelum makan tengah hari.
















Tahlil & bacaan doa . . . diaminkan semua



Perjalanan semua acara dalam majlis tersebut di atas dipimpin oleh Yg Berusaha Ustaz Hj Hassan. Beliau dibantu tenaga Jemaah Surau Ar-Raudah dan Masjid Al-Khairiah AU 3. Terima kasih diucapkan kepada mereka semua.





Geng Surau & Masjid . . . (caption lengkap akan dibuat kemudian)



Pada akhir segala acara . . . keluargaku, khususnya pasangan yang anak masing-masing terlibat dalam majlis aqiqah dan pemotongan jambul ini, sekali lagi mengutarakan rasa penghargaan yang tinggi kepada semua yang hadir. Allah saja yang dapat membalas budi baik anda sekalian.


Ucapan penghargaan pada akhir majlis



TERIMA KASIH
daripada kami semua



Cerita punya cerita . . . jamuan makan telah pun tersaji. Dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan menjamu selera. Jom semua rakan taulan, sahabat handai dan sanak saudara serta kaum keluarga kita makan bersekali sambil bersembang-sembang. Sudah tentu banyak kisah lama dan baru yang terbit dan kedengaran mewarnai majlis sebegini.


































Jamuan makan tengah hari untuk semua yang hadir. Makan weh . . . jangan kema segan lak . . .


Alhamdulillah . . . majlis aqiqah untuk Ahmad (Aii), Azim (Amb) dan Umar (Uim) ini membawa bersamanya hikmah yang tersendiri.

Dengan izin Allah SWT beberapa perkenalan / pertemuan antara saudara mara dan rakan taulan telah berlaku.

Umpamanya . . . perkenalan antara Cikgu Hamdan (datuk kepada menantuku Liza) dengan Madznah Adam (isteri kepada Hj Harun kawan seasrama zaman persekolahan aku dahulu.) Rupa-rupanya mereka ada pertalian kekeluargaan. Baru hari ini bertemu dan tahu akan pertalian itu.

Pertemuan antara dua orang sepupu yang sudah lama tidak bertemu. Nasharuddin . . . suami kepada adik saudaraku Fauziah Idris . . . bertemu dengan sepupunya Cikgu Zabidah Ismail (isteri kepada Ramli Mohd Rabi kawan seasrama zaman persekolahan aku dahulu) di sini. Aku kenal akan kedua-dua mereka tetapi tidak pernah tahu mereka bersepupu . . . hinggalah pada hari majlis diadakan.

. . . dan cantiknya pula . . . menantu kepada pasangan Ramli Mohd Rabi dan Cikgu Zabidah Ismail yang bernama Ziera itu adalah kawan sesekolah anakku Anum dulu.

Ada satu lagi pertemuan yang tidak disangka-sangka. Hakim bertemu Aki. Hakim adalah anak kawanku Hj Ghazali Kamaruddin. Mereka dari Gombak. Hakim bertemu Aki kawan sesekolahnya dulu yang juga tinggal di Gombak. Sekampung . . . tapi sudah kira-kira 23 tahun tidak bertemu! Mereka bertemu dan bersembang panjang dalam majlis ini.

. . . dan cantiknya Hakim dan Aki kedua-duanya kawan anakku Halmy . . . sedangkan Halmy sendiri tidak tahu mereka itu saling mengenal antara satu dengan lain. Begitulah kecilnya dunia ini. { Si Omputih jiranku: " Small world . . . yeah"}

. . . dan paling tidak . . . kawan seasramaku waktu bersekolah dulu . . . Tuan Hj Jamil Saeran baru dapat bertemu dan mengenali kawan sekerjaku di PSC pada tahun 1960-an dulu . . . Tuan Hj Mustapha Abdul Rahman dalam majlis ini. Pada hal . . . isteri Jamil . . . Hjh Azizah memang berkawan dan saling kenal mengenali dengan isteri Mustapha . . . Hjh Raja Nor . . . sejak masing-masingnya berkhidmat di Jabatan Penjara dahulu. { Sekali lagi si omputih jiranku itu mencelah: " True and true . . . downright small world ha! } Memang sem - pit - nya du - ni - a i -ni . . . kataku jua!

Aku secara peribadi pula amat bersyukur kepada-NYA. Aku dapat mengumpulkan kawan-kawan lama. Kawan-kawan zaman persekolahan tahun-tahun 1950-60an. Kawan-kawan sekerja zaman 1960-70an. Kawan-kawan sejiran baru dan lama. Kawan-kawan surau dan masjid baru dan lama.





Paling istimewa aku dapat berkumpul dengan sanak saudara dan kaum keluarga . . . dapat bersembang dan bertanyakan khabar.










































Alhamdulillah kita dapat bersua di sini . . .



Terubat juga rindu yang melanda. Pendek kata aku juga boleh menyatakan dalam bahasa ibunda si omputih jiran ku itu . . .
" Thank you for making our day."

Bertemu dan berpisah adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan sehari-harian. Apa yang diharapkan ialah rahmat dan berkat daripada setiap pertemuan dan perpisahan itu. Semoga demikian keadaannya bagi majlis yang telah diadakan.




















Sehingga kita bertemu lagi . . . Insya-Allah



"Last but not least", kata si omputih jiran aku itu lagi . . . " Let the baloons fly high . . . to places of their choice. Let them arrive at their respective destinations . . . prim and proper. Thank you all."








Ya Allah . . . mudah-mudahan semua cucuku dapat menentukan hala tuju hidup mereka dengan bijaksana. Semoga destinasi baik dan sempurna yang ditujui mereka kesampaian . . . Amin.


{Nothing beats togetherness - & - Togetherness is a force to be reckoned with . . . says who?}
. . . by now . . . I'm sure you know who . . .












dsuarang. blogspot.com

6 comments:

basri bin omar said...

Salam Uda dan Kak Limah sklrga!

Tk paparan.....Syukur alhamdullilah keran Allah mempermudahkan Majlis ini..Tk dan penghargaan yang tak terhingga kpd Lt Kol Sidek(Pemerintah RAJD SP),Mej Zulki,PW 2 Sulaiman dan Spr Zol atas segala bantuan dan pertolongan demi menjayakan Majlis ini ...satu kenangan pasti tidak akan dilupakan! Doa dan harapan ianya di BERKATI Allah SWT.AMIN!

Bamuda d' SUARANG said...

Salam Adinda Basri,

Ya benar apa yang Basri nyatakan di atas. Syukur kepada-NYA dan terima kasih dari kami kpd semua yang membantu hingga majlis ini berjaya dilangsungkan tanpa sebarang halangan atau gangguan.

Memang kita semua memohon keberkatan-NYA sentiasa. Amin . . . Ya ALLAH.

Rb@ssociat3S said...

Hati kami bersyukur dan bertafakur, di atas kurniaan Yang Agung atas segala-galanya.
Perbuatan kami menjelaskan lebih dari perkataan kami yang menyatakannya.
Mata kami mengambarkan kebahagiaan hati kami lebih dari mulut kami menjanjikannya.
Jiwa kami gembira atas permashuran zuriat kami..
Namun hidup kami tidak sempurna jika kami melupakan jasa-jasa mereka yang mengerti..

khas..dari Ajim, abah & Mak

Bamuda d' SUARANG said...

Salam Ajim proxy RB@ssociat3S


Atuk dan Opah turut bahagia & gembira atas pemasyhuran nama dan majlis aqiqah, berzanji dan marhaban untuk cucu-cucu semua yang berlangsung dengan licin dan teratur. Syukur kepada Allah yang mengizinkan.

Kami doakan agar kalian dianugerahkan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan oleh-NYA jua.

Majlis gah,
Pelakunya pun gah;
Azim Muqry Basrie,
Suatu nama indah.

toff said...

Jamid, las-las ado bamgar uka!! Dah lamo gunttu!! Sori..habit lamo!! Kami safamili kagum usaha engkau satu famili. Kalau ada award "famili mithali" monang hands down. Tabik spring to you all!! Membina hubungan baik lebih susah dari meruntuh hubungan!You did a super job all in one occasion - aqiqah, marhaban, doa selamat, reunion (reconnection)& reminiscents all abound!Allah yubarik fikum!!

Bamuda d' SUARANG said...

Salam toff,

Merita sakih hal dusi gabi moken ladam lbog uka in . . . Arong malo tigu hal!

. . . terbawa-bawa juga habit lama Pa bila bertemu kawan-kawan lama. rosi ah . . .

Aku sangat gembira kengau arong padat tadang. Donin pun ada . . . hebat dia tu Pa . . . lepas majlis ilmu kat masjid kariah dia subuh tu . . . terus saja datang ke majlis aku lak . . . mana kawan yang tak rasa bangga ya tak.

Terima kasih kami juga untuk 'your better half' { jiran omputih aku yang ajar istilah dalam baso lidah omaknyo ni . . .}Pn Hjh Raja Nor . . . thanks for coming . . . {lagi si jiran omputih den tu yang ajar! . . . he, he . . . kadang-kadang dia kkkkkk ajar}

Excuse him for that lah Pa . . . kan kita sama-sama maklum mereka jenis tu memang tak cukup ajar walaupun mereka sering mendabik dada bahawa mereka cukup terpelajar!

Ado gak gambar wa'ang akhirnya . . . alahai urang awak jo mano bulih ditinggakan . . . kan dari lamo dulu kito dah 'bro-bro'. budak sekarang baru belajar cakap 'bro' dah eksyen . . . he, he.

OK lah Pa . . . sebelum melarat-larut lagi baik aku stop kat sini. Insya-Allah kita bersua lagi . . . Salam dan jaga diri baik-baik noh . . .

Nuffnang Ads

No comments: