Sunday, August 1, 2010

Che Rafael Kenalan Baru




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Cilik dan Cerdik



Pulang dari rumah Jamil semalam (Sabtu 31 Julai 2010) aku sekeluarga sempat singgah di KLCC. Anak dan menantuku (Halmy & Nurliza) berhajat membawa isteriku bersiar-siar di Suria KL sambil membeli belah. Sudah lama tidak berjalan bersama kami kata mereka. Tambahan pula sekarang sudah bermula Mega Sale kata mereka lagi. Aku tak kisah. Ada waktu, boleh bergerak . . . jom jalan.


Sesudah bersiar-siar di KLCC perut masing-masing terasa lapar. Kami sepakat mahu menjamu selera di sana. Namun ketika itu terlalu ramai manusia yang mengunjungi tempat itu. Kedai, gerai atau outlet makan di Food Court semuanya penuh sesak. Kami tak selesa! Isteriku mencadangkan kami makan saja di Ampang Park (AP).


Di AP suasananya berbeza sekali. Tenang dan tenteram. Kami sekeluarga seramai tujuh orang sekarang (aku bertemu tiga orang lagi ahli keluarga di KLCC tadi) menjamu selera di Cozy House (CH). Sambil menjamu selera itu aku terkenangkan masa lampau. Masa muda-muda dulu le. Awal tahun-tahun 1970-an.



Terkenang
Aku dan isteriku Alimah selalu ke sini dulu
makan-makan & membeli-belah

Ketika itu aku dan isteriku Alimah baru berkahwin. Kami sering ke AP untuk membeli belah atau pun makan-makan. Maklum pada waktu itu AP satu-satunya tempat "
shopping" termoden. Serba eksklusif kata orang. Kalau tak silap aku eskalator (tangga bergerak) terawal di KL ini terdapat di kompleks AP ini le. Hebat tu. (Ibu mertuaku sampai sekarang terkenang dia takut nak naik tangga tu dulu . . . {alah sampai sekarang pun!} Maaf Mak saya pecahkan rahsia ini). Sesungguhnya ingatan ibu mertuaku Hjh Maimunah masih mantap walaupun usianya kini 84 tahun. Dia sering bercerita tentang "kehebatan" AP kepada cucu-cucunya! Itu suatu "testimoni" buat AP. Sesungguhnya aku berterusan mengunjungi AP sehingga sudah ada enam orang anak pun. Malah sehingga sekarang.



Sedapnya ...
Anak-anak & menantuku menjamu selera

Kenanganku terhenti apabila aku terlihat ada "
couple" muda masuk ke CH bersama seorang anak kecil. Mereka duduk bersebelahan meja kami sekeluarga. Membawa anak kecil ke tempat begitu tentulah ada sedikit "lecehnya". Maklum budak-budak. Mereka cergas dan mesti hendak melepaskan tenaga lebihan dengan bergerak lincah.


Aku terdengar si ibu anak kecil itu seolah-olah memberi "peringatan" awal kepada anaknya sebaik saja mereka duduk di meja makan . . .

Katanya lebih kurang begini," No, no, no. Ini bukan kat rumah tau!"


Aku rasa si ibu berkata demikian apabila menyedari anaknya itu hendak mula "beraktiviti" sendiri-sendiri. Aku terfikir baguslah begitu. Membentuk nilai baik dan teratur di khalayak ramai dalam diri anak sejak awal. Usah kira anak kita itu sedikit "lasak" atau "hyper". Syabas.


Selepas itu kami pun terus menikmati hidangan yang disajikan. Masing-masing dengan cara dan citarasa tersendiri. Masing-masing melayan perasaan sendiri-sendiri.


Tiba-tiba aku terdengar isteriku bersuara, " Ha, mari kat opah."


Aku terkejut dan mengangkat kepalaku sedikit hendak memastikan apa yang berlaku. Rupa-rupanya anak kecil tadi sudah berdiri di sisi isteriku. Dia mencuit-cuit siku isteriku. Dan, isteriku terus sahaja mengangkatnya duduk di riba. Anak kecil tu diam saja sebentar. Kemudian ibu bapanya mengambil anak kecil itu semula. Tetapi cuma untuk sedikit waktu . . .


Si cilik Che Rafael (namanya aku ketahui kemudian setelah bercakap-cakap dengan ibu bapanya) jelas tidak suka dipegang lama-lama. Dia ketara suka bergerak aktif. Dia menuju pula kepadaku sambil semacam menegur "atuk". Ibu bapa Che Rafael yang masih muda iaitu Encik Che Rostami dan Puan Zinnia lantas bersuara,"Salam atuk."



Pandainya ...
Che Rafael didukung ibunya Puan Zinnia

Che Rafael pun bersalaman denganku. Siap cium tangan sekali. Memang ini perkara atau adat biasa bangsa kita. Tetapi anak ini baru berusia lebih kurang satu tahun tiga bulan. Dan, dia sudah faham "
instruction" begitu. Eloklah . . . dia diasuh mengerti adat dan kebiasaan kita. Sambil menyelam minum air.

Seperkara yang menarik hatiku . . . Che Rafael berkali-kali datang kepadaku untuk memberiku sekeping not lima ringgit. Sebenarnya not itu aku yang beri kepadanya awal tadi selepas dia bersalaman dengan aku. Memang aku ikhlas beri pada dia. Simpan saja le. Aku katakan begitu kepada Che Rafael. Tak tahu le dia faham ke atau sebaliknya . . . yang penting kepadaku Che Rafael seolah-olah hendak melaksanakan kata-kata hikmat orang kita yang popular yakni, "Orang Berbudi, Kita Berbahasa". Suka hatilah Che Rafael asalkan anda bahagia.



Berbudi Bahasa ...
Che Rafael cuba "membalas budi"

Ketika ahli keluargaku yang lain melayan telatah Che Rafael, aku sempat "meng-
interview" ayah dan ibunya. Che Rostami ayah Che Rafael berasal dari Perlis manakala ibunya Puan Zinnia pula memang orang sini (local KL). Mereka tinggal di Taman Sri Gombak. Che Rafael merupakan anak mereka yang pertama. Menurut Che Rostami anaknya itu cucu pertama dalam keluarga sebelah isterinya. Manja "granny grandpa" (Mak Tok dan Pak Tok) le tu. (Aku dapat merasakan dan memahaminya. Aku pun baru punya seorang cucu . . . at this age man!)



Siapa Rafael?
Che Rafael segera mengangkat tangannya
bila ditanyakan demikian oleh ibunya ...
petanda budak cerdik le tu ...



Ibu Rafael, Puan Zinnia pula menyatakan bahawa dia sering dibawa ibunya ke tempat makan yang sama waktu kecil-kecil dulu. Patutlah sekarang bawa Che Rafael pulak. Nostalgia in motion. Bagus tu Puan Zinnia. Family bonding (keeratan) yang patut terus diamalkan.


Aku perhatikan mereka ini pasangan yang baik dan saling memahami. Aku harap benarlah begitu. Aku doakan begitu. Dan teruskanlah mendidik anak dengan cara yang teratur dan betul. Insya-Allah anak itu akan menjadi anak yang soleh (kata orang tua-tua jadi "orang" le).



Siapa Budak Pandai?
Che Rafael cepat mengangkat tangannya lagi.
Confident si CR ni ... Bagus.

Dah habis makan dan berkenalan ringkas dengan kenalan baru yang cilik dan cerdik ini kami pun bersalaman dan bergerak menuju ke haluan masing-masing. Mudah-mudahan kita dapat bertemu lagi pada suatu ketika yang lain.











dsuarang.blogspot.com

Saturday, July 31, 2010

Berbudi Kepada Bumi




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Macam Balik Kampung


Tengah hari tadi aku dan isteriku pergi ke Kg Sungai Sikamat, Kajang. Kami berdua ke sana kerana memenuhi permintaan anak sulungku Halmy. Dia hendak berjumpa Hj Sani (Hj Jamil Saeran, saudara lama aku le.) Mereka itu ada urusan rasmi (profesional). Liza menantuku juga turut bersama dalam "rombongan" ini.

Sebenarnya aku pun tak keberatan untuk pergi ke rumah Jamil. Dah lama juga aku tak bertemu dia dan Hjh Azizah isterinya. Terasa rindu bila lama tak bersua saudara yang akrab dengan kita . . . keakraban yang terjalin sejak zaman seasrama ketika bersekolah dulu!

Seperti biasa . . . tiba sahaja di rumah Jamil . . . kami pun dijemput masuk dengan mesra. Azizah tiada di rumah. Dia ke rumah adik iparnya di Sentul. Ada majlis "cukur jambul" cucu mereka di sana. Jamil tinggal seorang. Semua anaknya keluar atas urusan masing-masing. Takpe le Mil . . . rasa macam zaman bujang dulu-dulu he,he. Kami bersembang-sembang sambil Halmy menguruskan hal rasminya bersama Jamil.


Bicara Saudara Lama
Eh cekap gak member aku ni buat kopi
Pulasan pun ada! Minum serbaneka ni namanya . . .

Jamil sempat menyediakan kopi. Dia menjemput kami minum. Dia sempat juga mengeluarkan sebesen buah pulasan sebagai hidangan. Aku memang suka buah pulasan. Kami semua memakan buah pulasan dan minum kopi.


Aku sempat bertanya Jamil,"Mana dapat pulasan ni?"

"Aku tanam sendiri," jawabnya ringkas. "Macam-macam buah-buahan lain lagi aku tanam. Sengaja seronok-seronok."


Pokok Pulasan
Kebanggaan Jamil


Pokok Anggur
"Ini baru start ... vineyard to come he, he"
kata Jamil



"Rajin engkau ni Mil."


Jamil tersenyum. Dia sudah banyak berbudi kepada bumi. Kawanku ini rajin bertani. Sekarang usahanya sudah berhasil.

Belum lama kami berbual kedengaran derum enjin kereta di perkarangan rumah Jamil. Azizah dah balik dari majlis di Sentul tadi. Dia terus saja ke bahagian dapur rumahnya. Tup tup, dah siap pula sehidangan lagi. Ada tose dengan kuah kelapanya. Ada papaya. Ada pula rendang Minang! Wah lazat sungguh. Halmy dan Liza juga mengakui hakikat itu . . . (Liza pulak badan tengah "berat" ni) . . . maka mereka berdua makan sehingga "menjilat jari" he, he.


Cerita Orang Lama
Jamil, Penulis, Alimah,
Azizah & Halmy di meja bulat

Cerita punya cerita tak sedar hari sudah semakin larut petang. Kami pun memohon diri untuk pulang.


Dua Sahabat Bersembang

"Starz" Depan Kamera
Penulis, Alimah, Nurliza, Azizah & Jamil

Sebelum kami dibenarkan pulang, Jamil dan Azizah sibuk mengambil buah pulasan, betik, limau kasturi, daun kunyit dll untuk bekal kami bawa pulang. Sampai ikan segar pun mereka hendak bekalkan . . . Wah wah . . . rasa macam kami balik kampung pulak!


Dua foto merakamkan aksi Jamil & Azizah memetik buah betik



Jamil memetik buah limau kasturi lak. . . turut berada di situ Azizah, Alimah & Penulis


Apa-apa sajalah Jamil dan Azizah. Terima kasih hingga jumpa lagi.



Catatan (awak samo awak):
Timo kasieh balian den duo disc lagu 'urang awak' tu.
Tak tabaleh jaso bayik ang tu hai . . .














dsuarang.blogspot.com

Thursday, July 29, 2010

Persoalannya Sekarang . . .





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Hanya Bunga Untuk Pahlawan 


Aku bukan seorang anggota tentera. Jadi pastilah aku bukan seorang pesara tentera. Memang aku tidak pernah melalui sebarang bentuk latihan atau tugasan sebagai anggota tentera. Sesungguhnya aku langsung tidak pernah mengalami jalan hidup seorang anggota tentera. Dalam bahasa mudah aku tidak pernah menjadi askar!


Namun demikian aku tetap dekat dengan hal tentera dan ketenteraan. Aku ada ramai ahli keluarga yang pernah menjadi anggota tentera. Mereka kebanyakannya sudah bersara sekarang. Aku sering mendapat pengetahuan tentang perkara-perkara yang bersangkutan dengan "kerja dan kehidupan" seseorang anggota tentera daripada mereka. Banyak "ilmu kesoldaduan" aku timba secara informal sepanjang pergaulan aku dengan mereka.


Aku sentiasa mengikuti perkembangan dan kemajuan pasukan tentera negara kita yang berdaulat ini. Aku bangga dengan pencapaian Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Aku bangga dengan prestasi para anggotanya.

Dalam pada itu, aku sering juga terfikirkan "nasib" yang bakal menanti mereka setelah bersara kelak. Setimpalkah "balasan" yang mereka dapat setelah mencurahkan begitu banyak jasa kepada negara? Cukup terbelakah mereka nanti? Bukan hendak jadi
busybody. Sekadar ingin melihat dan menduga!


Dulu pada tahun-tahun 70-an aku pernah menulis beberapa puisi tentang "nasib" askar kita selepas bersara atau setelah tidak berkhidmat lagi. Aku turunkan salah sebuah daripadanya seperti berikut:




Puisiku Tahun 1972



Pada zaman itu aku rasa memang begitulah keadaannya. Ramai pesara tentera yang tidak terbela nasib mereka. Banyak aduan atau complaint yang kedengaran. Itulah inilah. Macam-macam. Pada waktu yang sama, aku sering pula mendengar pihak berwajib ATM dan Kerajaan sendiri menyatakan bahawa nasib bekas tentera sudah semakin diambil berat. Pesara tentera tetap dibela!


Apakah benar begitu? Mungkin, mungkin sajalah. Mungkin benar demikian kerana aku lihat beberapa orang ahli keluarga dan sanak saudaraku yang sudah bersara daripada ATM kini hidup selesa. Mereka seperti tidak menghadapi sebarang masalah untuk terus hidup dalam masyarakat "preman". Tiada apa-apa complaint! Itu gambarannya pada tahun-tahun 1970-an hingga tahun-tahun 1990-an . . . Orang lain aku tak tahulah.


Tiba-tiba pada tahun 2007 aku terbaca sebuah Rencana Pengarang dalam akhbar Utusan Malaysia (Rabu 1 Ogos 2007). RP itu berjudul "Jasa Wira-Wira Negara Kian Dilupakan". Aku turunkan juga di sini untuk tatapan bersama:



Keratan Akhbar Utusan Malaysia




Selepas itu pula, pada tahun 2009, aku terlihat sekeping gambar dan secebis coretan tentang sambutan Hari Pahlawan. Cerita tentang kutipan sumbangan, derma atau sedekah? Gambar dan coretan itu mungkin sesuatu yang tidak berlaku adil kepada ATM atau pihak Kerajaan. Tetapi itulah yang terpapar dalam akhbar Utusan Malaysia, Khamis 30 Julai 2009 seperti berikut:



Keratan Akhbar Utusan Malaysia



Entahlah . . . aku semakin bingung. Sekarang tahun 2010. Hari Pahlawan akan disambut lagi pada hari Sabtu 31 Julai 2010 ini. Persoalannya sekarang . . . masih serupakah keadaannya kini berbanding zaman-zaman pernah berlakunya "kegelapan" yang dahulu itu?

Maka siapakah berbicara berbekalkan fakta . . . siapa gerangan yang menista . . . dan siapa pula yang berdusta! Wallahuaklam.












dsuarang.blogspot.com

Tuesday, July 27, 2010

PJ Office Big Fire




Assalamualaikum and Greetings.


An Incident Best Forgotten



Just a short note for record purposes. A personal 'historic' career record.


The fire of 1991 (I cannot remember the exact date) started from OUP/PFB's Production Department. That department was on the first floor of a rented premise in Section 13 Petaling Jaya belonging to Hock Cheong Transport Company. The fire then gutted other departments around it namely Design, Typesetters Pool, and Camera Room. A total loss.

The PJ Office

It later spread on to the neighbouring Editorial Department (yours sincerely work station) destroying everything in its path. Fortunately no lives were lost nor any injury suffered as the fire occurred after office hours. The
authorities (Fire Department) established that a short circuit has been detected to be the cause of the fire.


The incident will not be something really worth remembering (looking at it from the 'calamity' angle). But, it will definitely be worthwhile to take into account the 'steadfast' nature and the 'rallying' attitude of all the staff affected. No question about it. They were just magnificent no matter how badly 'hit'.



The big loss in terms of books, materials for on-going projects, work-in-progress, manuscripts, artwork and all were wisely and precisely managed. Every single detail were professionally attended to under the able leadership of the then Managing Director, M. Sockalingam (MS) and Publishing Director, Drs. Ahmad Fadzil Yassin (AFY). In short difficulties were dealt with earnestly.Initial hardships were thrown into thin air! Everyone rose to the occasion!





Ironically enough . . . that fateful year we enjoyed a much more luxurious annual bonus than what usually was. It sort of became a popular joke amongst the staff then that . . . perhaps we should have more 'fire' in order to 'deliver'.




So, people out there toying with thoughts of starting a 'fire' to their respective place of work . . . be sure no 'backfire' happens afterwards . . . or you'll be short-circuited for arson! Last but not least cross your fingers and keep them crossed . . . for better or for worse . . . he, he.












dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads


Monday, July 26, 2010

Si Budak Baik




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dah Pandai Tunjuk Sign?


Aku ada terdengar sesuatu semenjak Aii masuk hospital baru-baru ini. Sesuatu yang mengejutkan juga. Malah agak membimbangkan. Mereka (ahli-ahli keluargaku le) sibuk kata Aii tunjuk jari. Asal tanya aje dia tunjuk jari. Tanya aje tunjuk jari lagi! Heh apa kena si Aii ni? Dah pandai apa pulak . . . budak (baik?) ni . . .


Dalam keadaan kurang mahu mempercayai kepandaian "baru" si Aii ni aku pun senyap-senyap membuat siasatan sendiri. Aku terfikir siapa pula yang mengajar Aii ni menunjukkan jari (
sign tak sepadan dengan usianya) kepada mereka yang bertanya itu!

Maka aku pun ke PCMC untuk menjenguk progress kesihatan Aii (sambil tu aku nak lihat dan pastikan sama ada benar kata-kata mereka itu). Walaupun hati berdebar takut kalau-kalau apa yang akan aku lihat nanti tidak menyenangkan, aku tetap kena pastikan. Kalau sesuatu itu tidak menyenangkan atau tidak baik . . . kata orang tua-tua . . . ia mesti dihentikan atau dicegah segera. Kata omputih lagi . . . "A nip in the bud". Kata Melayu pun ada le . . . "Melentur buluh biar dari rebungnya." Hah, apa-apa aje le. Janji baik.

Sampai di wad 6 Bilik 8B, aku terus ternampak sekumpulan ahli keluarga Aii mengerumuninya. Mereka ketawa beramai-ramai. Ada yang terbahak-bahak. Suka sangat bunyinya. Aku terfikir mereka ni gemar agaknya si Aii menunjukkan sign yang bukan-bukan tu! Aku terfikir begitu bukan kerana "berotak kuning" tetapi kerana aku hanya diberitahu begini oleh ahli-ahli keluargaku. Kata mereka,"Si Aii dah pandai tunjuk-tunjuk dengan jarinya, tunjuk sign, ha ha." Maklum . . . yang berkata kepada aku itu semuanya golongan yang muda-muda pula. Mereka sahaja yang tahu pasal sign menyain ni!

Aku pun menerpa ke tepi katil Aii yang dikerumuni itu. Memang . . . nyata Aii sedang menunjuk-nunjukkan jarinya. Dia menunjukkan jarinya kepada semua yang bertanyakan soalan," Mana sakit? Mana kena cucuk?"


Dan, apabila aku pula bertanyakan soalan yang sama Aii lantas menunjukkan jarinya kepadaku. Rupanya dia menunjukkan jarinya yang dicucuk "missy" (jururawat le). Nurse mencucuk jari Aii untuk melakukan "blood test". Oh begitu rupanya. Lega aku.



Tunjuk Jari
Aii menunjukkan jarinya
yang dicucuk jururawat untuk ujian darah


{Gambar kelompok ini aku "curi" dari blog menantuku LIZA (TCML)}

Aku melihat kepada Aii sambil tersenyum. Aii memandang tepat kepadaku sambil membalas senyuman ku. Dia seolah-olah berkata,"Don't worry. I won't let you down lah Atuk. I'm still that good boy lah."

Aku percaya dan aku harap pun begitu. Sampai bila-bila. Cuma ada sedikit pengajaran di sini. Simple and easy. Don't be hasty in making your judgement. Ya, jangan berprasangka . . . sebelum kenal akan sesuatu dengan pasti.


By the way . . . Aii's latest pose(s)
















dsuarang.blogspot.com