Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari Langsung di Kuala Ketil
Sabtu 13 Mac 2010. Hari langsung perkahwinan Halim Zaharyn dengan Norshafini. "Jom kita ke Kuala Ketil, Kedah." Begitu saranan Aii semalam.
Alhamdulillah semalam Jumaat 12 Mac 2010 Majlis Pertunangan dan Akad Nikad pasangan mempelai ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Menyambut saranan "mascot" kecil kita . . . Aii, maka pada hari ini kita beramai-ramai ke rumah Tuan Abdul Hamid dan Puan Rohani (ibu bapa pengantin perempuan Norshafini) di Taman Permai untuk meraikan majlis . . . sambil makan kenduri . . . kata orang.
Kami serombongan (rombongan PL) bergerak dari rumah persinggahan di Taman Orkid, Sungai Petani pada jam 1:30 ptg (selepas Zohor) dan tiba di Kuala Ketil pada jam 2:00 ptg.
GALERI FOTO
Ketibaan Rombongan
Pengantin Lelaki
Halim tersenyum diiringi "Best Man" Royhai'zam (merangkap adik iparnya) . . . berjalan ke rumah pengantin perempuan Norshafini. Tapi . . . nampaknya "Best Man" tu lap muka sendiri aje . . .
Sementara menanti dijemput masuk ke rumah ibu bapa PP Norshafini ahli-ahli rombongan menunggu di luar . . . yang cerdik berteduh bawah pokok rendang . . . yang tabah sanggup berpanas . . . Foto kiri: Nenek Maimunah, Hazlyn Basrah, Nadira, Hazeman & Nurliza. Foto kanan: Penulis , Farahin, Yasmin, Marlyana, Naziha, Najwa & Nurliza (macam mana Liza boleh berada di dua tempat pada satu masa? . . . jawab le sendiri.)
Tiga Dara ... Lyana, Najwa dan Naziha tersenyum riang. Lola Dylla pula asyik kendong le si Aii tu . . . Aii pun nganga le weh!
Sambutan Pihak Pengantin Perempuan
Dah tiba tukang payung pengantin kita . . . Rombongan PL disambut mesra oleh keluarga PP . . . 2 Pengapit yang "steady" tu . . . Royhai'zam bp PL Halim dan Lin bp PP Norshafini.
Wah . . . ada Kumpulan Gendang Silat mengiringi pasangan pengantin menuju ka "dais" persandingan. Kalau ada Gendang Silat mesti ada Penari Silat dan tentunya Tok Guru Silat . . . Tadi macam perasan ada . . . Kita ikut aje le di belakang.
Majlis Persandingan
&
Upacara Merenjis Pengantin
&
Upacara Merenjis Pengantin
Upacara Bersanding Pasangan Pengantin
Halim & Norshafini bersanding di pelamin nan indah . . . ditemani setia pengapit mereka masing-masing
Persandingan di pelamin berlangsung selama beberapa ketika. Adat aje bukan syarak . . . Tak pe kan . . . Sekali dalam seumur hidup . . .
Dah nak selesai persandingan ini. Lega sikit Halim & Norshafini. Tapi kejap lagi ada upacara merenjis lak. Ikut aje le . . demi ikatan suka sama suka."Alah ... buat hal pulak kamera ni. Nanti kau," kata Anisa. Foto kanan: Perbarisan tak rasmi orang lapar.
Siapa tu . . . yang cuba betulkan entah apa . . . Lyana, "foreman" kenderaan Aii rupanya. Makin kelaparan nampaknya anggota perbarisan tadi . . . ada yang dah tak mampu berdiri tegak lagi.
Para peminat pasangan pengantin masih menunggu di hadapan pelamin untuk acara selanjutnya. Ramai wajah yang "familiar" . . . Macam kenal aje . . .Pasangan pengantin Halim & Norshafini masih di pelamin . . . juga menunggu acara merenjis . . . (ah ... lama lagi ke?)
"Sabar aje lah . . . ayang. Kita jadi Raja Sehari ni macam nilah keadaannya," kata Norshafini sambil menoleh kepada suaminya Halim. Halim menjawab dengan nada suara, antara lepas dengan tidak . . ." Ok lah ayang . . . I ikut aje".
Dah resah nampaknya . . . yang duduk . . . duduk . . . yang berdiri . . . berdiri. Yang menyusu tu siapa? . . . siapa lagi . . . si Aii le.
Upacara Merenjis Pasangan Pengantin
Bermulalah upacara merenjis pasangan pengantin. Tersenyumlah mereka yang menyaksikan.
Tepis bukan sebarang tepis, Tepis mengiring dua sahabat.
Renjis bukan sebarang renjis, Renjis diiring doa selamat.
Renjis bukan sebarang renjis, Renjis diiring doa selamat.
"Baik-baik ya . . . korang berdua. Pakat sama-sama. Bersabar menempuh hidup" . . . antara banyak pesanan "cliche" yang sering kedengaran dalam banyak acara merenjis pengantin.
Bergerak ke Majlis Jamuan Makan dan Acara Makan Beradab
Acara Memotong Kek oleh Pasangan Pengantin
Sambungan Sesi Bergambar
Sesi Bergambar di Merata Ruang Kosong Lagi
Anak udang udang juga, Mana nak sama anak tenggiri; Anak orang orang juga, Mana nak jadi anak sendiri!
Sketsa pemulangan anak yang comel kepada ibu bapanya yang sah!
Halim dan Norshafini tak dapat "extend" peminjaman Aii beberapa hari lagi?
Esok Aii dah nak balik KL bersama ibunya Mazlyn dan bapanya Rashidi.
Bersabo je le koma!
Halim dan Norshafini tak dapat "extend" peminjaman Aii beberapa hari lagi?
Esok Aii dah nak balik KL bersama ibunya Mazlyn dan bapanya Rashidi.
Bersabo je le koma!
Entah apa yang Penulis bicarakan dengan besannya En Abdul Hamid . . . Mungkin pasal nak buka kelas bahasa isyarat agaknya! Ashraff merakamkan apa yang dibicarakan . . . tanyalah dia , . . . dia tahu.
Halim memandang jauh ke hadapan . . . Pengantin Baru kita ni rupanya ternampak Along dan Kak Longnya melambai-lambaikan tangan mereka . . . Tertinggal transport pulak ke mereka berdua ni? Mungkin itu yang terfikir di minda Halim ketika itu . . . "as you please man"
Sebenarnya, Pak Long Halmy & Mak Long Nurliza melambai-lambai kepada para peminat mereka di KK sebelum berangkat pulang ke SP. Minggu depan ada show lagi bersama artis cilik mereka di KL. Penat bertugas mengurus "show" semacam ni . . . ooi!
Akhirnya syukur Akhirnya
"OK lah . . . semua. "Bye" dulu . . . saya dah penat le jadi "mascot" perkahwinan Pak Lang Halim & Mak Lang Norshafini ni. (Bayaran "job" ni camna ?) Minggu depan kat KL nanti mesti lebih teruk lagi ... maklum saya akan ada show sendiri ... pemasyhuran nama dan potong jambul le bro-sis semua (istilah baru Aii coin sendiri setelah banyak bertutur dengan bijak pandai 'bahasa' di sekelilingnya.) Tengok le nanti siapa hero kontemporari terhebat anda semua . . . he, he, he."
dsuarang.blogspot.com
Subscribe to: Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Links to this post
Create a Link