Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Seniman Serba Boleh
Seseorang yang menjejakkan kakinya ke tempat ini pasti akan tertarik kepada apa yang dilihat sekelilingnya. Ada banyak lukisan yang indah-indah menghias ruang di sana sini. Pada dinding dalam studio ini terdapat catan (lukisan dengan cat), lukisan minyak, lakaran atau sketsa yang menarik. Barang-barang seni yang lain juga dapat dilihat tersusun rapi di atas rak. Bagai sebuah galeri seni lukis layaknya!
Memang cantik, memang menarik
Tiada kata seindah bahasa . . .
Seni semulajadi mengalir dalam dirinya . . .
Apabila seseorang meneliti sekali lagi di manakah sebenarnya mereka sedang berada maka barulah keadaan menjadi nyata. Sesungguhnya ini bukanlah galeri seni lukis tetapi sebuah studio rakaman . . . Irama Studios Sdn Bhd.
Di suatu sudut ruang tamu studio ini ada terlihat notasi muzik di atas meja. Tempat ini seperti stesen kerja kecil. Siapakah yang sering duduk di sini agaknya?
Tulisan tangan nota muzik oleh Mahzan Manan yang begitu artistik
Berbagai poster dan brosur mengenai kegiatan seni muzik juga kelihatan di situ. Ini tentu ada kaitan dengan kegiatan yang dilakukan oleh sesiapa yang menggunakan stesen kerja ini.
Kejayaan terbaru komposer yang sudah bergiat sejak tahun-tahun 1960-an lagi . . .
Ada pula bingkai gambar-gambar peralatan muzik seperti rekorder, gitar, terompet, biola dan lain-lain tergantung menghiasi dinding stesen kerja ini. Gambar-gambar berbingkai kemas itu kelihatan seperti kulit buku . . .
Benar, kulit buku dengan nama penulisnya . . . MAHZAN MANAN terpampang di situ!
Dan . . . Mahzan Manan akan berada di meja kerjanya di sudut ini setiap kali dia datang berurusan di studionya.
Beliau akan melakukan kerja-kerja muziknya di sini. Di tempat inilah ilham yang dianugerahkan Tuhan kepadanya sering kali diterjemahkan menjadi kenyataan. Demikian antara sedikit modus operandi komposer kita ini!
. . . serta komitmen dan konsistensi . . . membawa kepada segala kejayaan Mahzan Manan
Jadi, apakah istimewanya manusia bergelar Mahzan Manan ini? Beliau bukan doktor, loyar atau majistret. Mahzan Manan terlibat dengan muzik!
Gaya terbaru Tuan Hj Mahzan Manan di studio rakaman miliknya
Alahai apalah sangat mereka yang terlibat dengan muzik . . . Semestinya orang tak berapa bagus di bidang akademik . . . lalu terjunlah ke bidang muzik!
Demikian pandangan songsang majoriti anggota masyarakat kita terhadap manusia yang berkecimpung dalam bidang muzik atau seni persembahan pada suatu masa dahulu khususnya pada tahun-tahun 1950-an hinggalah 1960-an. Anak seni sering diperlekeh walaupun hasil seni mereka diam-diam dikagumi oleh golongan yang memperlekehkan mereka itu!
Begitu mentaliti orang kita ketika itu. Dan . . . berleluasalah pandangan serong terhadap pencinta dan pengamal seni hinggakan ramai yang bergiat separuh jalan sahaja. Malu diperlekehkan sebagai orang yang tak cukup akademik!

Dalam hal ini, keadaan dan senarionya amat jauh berbeza dengan prinsip atau pegangan Mahzan Manan (kini Tuan Hj Mahzan Manan, KMN). Beliau tidak pernah malu atau menyesal menjadi pendokong seni muzik. Mengapa mesti malu atau menyesal?
Beliau cukup berbakat . . . dan, bakat adalah anugerah Tuhan. Lagipun Mahzan Manan juga cukup berpendidikan. Cukup dari segi pendidikan formalnya dan tidak kekurangan pula dari segi akademiknya. Beliau berkelulusan khas dalam bidang pendidikan bahasa dan muzik. Beliau seorang pendidik berkaliber!

Mahzan Manan pernah menjadi guru bahasa Inggeris dan kemudiannya pensyarah khas muzik di beberapa buah sekolah dan institusi pendidikan di negara ini sebelum bersara secara rasmi daripada jawatan-jawatan tersebut.
Apa yang menarik ialah beliau tidak henti-henti bergiat mencurahkan bakatnya dalam arena seni muzik nasional. Beliau percaya seni muzik juga pendidikan. Beliau tidak syak lagi banyak menyumbang kepada khazanah seni muzik negara dari zaman mudanya hingga melampaui zaman persaraannya. Bukan sembarangan orang yang boleh atau sanggup melakukan sedemikian. Mahzan Manan sememangnya seorang pendidik berjiwa seni!
" Menang anugerah memang seronok. Dan . . . apabila
hasil ciptaan kita diterima umum . . . kepuasannya tentulah lebih lagi."
hasil ciptaan kita diterima umum . . . kepuasannya tentulah lebih lagi."
Selain daripada berkebolehan dalam bidang seni muzik, Mahzan Manan juga seorang pelukis hebat. Lukisan yang dihasilkannya sering dipamerkan di galeri lukisan terkenal dalam negara. Minat dan sambutan khalayak terhadap lukisannya amat menggalakkan. Seniman serba boleh yang berasal dari Taiping ini juga pernah menghasilkan buku-buku muzik dengan syarikat-syarikat penerbitan terkenal.
Sejak tahun-tahun 50-an dahulu Mahzan Manan membuktikan beliau adalah pencinta seni yang tulen. Sekarang pada usia menjangkau 77 tahun beliau masih aktif berkarya. Beliau tidak mengenal erti bosan atau puas dalam kerja merangkap 'hobinya' ini.
Antara banyak anugerah yang diterima
Kuatnya azam dan cita-cita beliau untuk meneruskan penglibatannya dalam bidang yang menjadi 'first love' beliau itu menyaksikan tertubuhnya sebuah studio rakaman milik beliau di 47-2 Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, Selangor DE. Studio tersebut diberi nama Irama Studios. Mahzan Manan kini menjadi usahawan pula.
Beliau dengan penuh semangat keusahawanan memperluaskan lagi penceburannya dalam bidang muzik. Khidmat yang tersedia melalui studionya ini termasuklah seni persembahan muzik, seni lagu dan seni suara.
Mahzan Manan dibantu menggerak dan memastikan perjalanan lincir studio rakaman ini oleh anaknya Saiful Ekramm yang juga seorang usahawan dan ahli muzik. Saiful mentadbirkan segala urusan projek dan penjadualan aktiviti di studio ini.

Studio yang sederhana besar ini menempatkan ruang tamu yang cukup selesa, sebuah bilik rakaman utama, dua buah bilik untuk berlatih muzik (jamming session), suatu sudut stesen kerja dan surau kecil. Semuanya tersusun rapi. Nampak bersih dan kemas.
Foto kiri: Mahzan Manan bersama diva Datuk Sharifah Aini. Foto kanan: Mahzan Manan bersama penyanyi lagu asli terkenal Andre Goh. Foto-foto ini dirakam di Irama Studios.
Di ruang tamu inilah pihak Irama Studios menerima dan melayan para tetamu. Di sini juga perbincangan ringan berlangsung. Paling tidak perbualan atau komunikasi santai antara kenalan, sahabat dan saudara berlaku.
Perbualan memang berlangsung secara santai . . . maklum kawan lama . . . ha, sejak tahun 1969 le . . . ketika sibuk bernasyid di Stadium Merdeka KL
Ha . . . Cik Puan ni pun sempat memerhatikan penulis 'mengganggu' ketenteraman susunan trofi Tuan Hj Mahzan Manan di kabinet itu . . . Alahai nak cari bahan penulisan ni, Puan Alimah!
Yang ni tengok-tengok apa? Dah sah dah. Memang hebat pencapaian Tuan Hj Mahzan kita ni. Hingga tergugat kebolehan komposer-komposer lain yang juga berkemahiran menggubah lagu.
Semua di atas menjadi pengalaman indah para pengunjung ke ruang tamu Irama Studios
Studio rakaman pula merupakan nadi penggerak Irama Studios. Peralatan di studio ini sesuai dan memenuhi keperluan sebuah studio rakaman. Di sinilah aktiviti rakaman berbagai irama lagu seperti Asli, Langgam, Keroncong, Nasyid dsb dijalankan. Paling istimewa rakaman bacaan kitab suci Al-Quran pun sering dilakukan di sini.
Aksi di Control Room
Oh begitu rupanya. Marilah relaks sekejap dengar lagu yang dimainkan komposer ini.
Penulis berbicara dengan Saiful Ekramm, 'orang kuat' Irama Studios. Ini lagu baru . . . untuk Penulis!
Penulis di kiri . . . Saiful Ekramm di kanan . Itu ini . . . begitu begini . . . sembang-sembang kami . . .
Aksi di bilik rakaman
Penulis ni . . . macam tahu nyanyi. Takpe le SE . . . pasang je mike tu . . . biar nampak hebat.
"Lagu Tiga Kupang, Burung Nyanyi Saja, Tentu Senang Hati, Kalau Orang Suka . . ."
Dua buah bilik latihan sesi muzik yang terdapat di Irama Studios pula sentiasa dipenuhi para penggemar dan pemain muzik. Ini terutamanya berlaku pada hujung minggu dan pada sebelah malam selepas waktu kerja. Peralatan di kedua-dua bilik ini amat memuaskan. Alat-alat muzik untuk kegunaan pelanggan cukup lengkap.
Rasa macam nak masuk campur lak dalam sesi latihan muzik nanti. Tapi biar le teman peluk tubuh dulu . . . ngeri juge bila nak tunjuk skill depan professional ni!
Pelbagai instrumen di bilik jamming
Kini sudah kira-kira enam (6) tahun Irama Studios beroperasi. Dan . . . hasilnya tentulah berbaloi! Ramai yang menggunakan kemudahan yang tersedia di Irama Studios dengan kadar bayaran yang berpatutan.
Apabila ditanya sama ada beliau akan menukarkan hobi seninya kepada hobi yang lain andainya diberikan pilihan sekarang . . . jawabnya pantas "TIDAK!"
Dan apabila penulis mengutarakan soalan berikut kepadanya:

"Andai kata waktu boleh dibalikkan kepada zaman lampau, apakah cita-cita yang mahu tuan kejar dan capai?"
Tuan Hj Mahzan Manan tidak teragak-agak menjawab, "Masih tetap seperti sekarang . . . menjadi ahli muzik . . . tetapi . . . ahli muzik yang jauh lebih hebat daripada sekarang!"
Beliau lantas menambah dalam bahasa Inggeris yang faseh, " I just cannot stop wanting to be a musician. A much greater one . . . at that . . ." untuk menekankan apa yang dimaksudkannya!
"Well, Sir ( form of address for an ex-educator) you are already one," I thought.
Memang tidak dinafikan Mahzan Manan adalah satu nama gah dalam bidang muzik tanah air. Sejak tahun 1962 lagi beliau telah memenangi award demi award dalam pertandingan menggubah lagu pada peringkat nasional.
Beliau juga merupakan komposer yang memenangi hadiah terbaik pertandingan menggubah lagu dalam Pesta Lagu Malaysia pertama yang dianjurkan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1980.
Kemenangan seperti ini berterusan sehingga ke hari ini. Paling baru beliau menjadi Johan dalam Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia anjuran RTM pada tahun 2010.
Penghargaan yang setimpal dengan usaha yang bersungguh-sungguh
Syabas Tuan Hj Mahzan Manan. Usaha yang murni pasti mendapat ganjaran yang baik daripada Allah SWT. Kami mengharapkan banyak lagi sumbangan karya hebat daripada tuan untuk memperkayakan khazanah seni muzik negara kita.
Sebagai penutup, Penulis kagum dengan kebolehan Mahzan Manan dalam berbagai cabang seni yang diceburinya. Tidak kiralah dalam seni lukis, seni muzik atau penulisan buku muzik Mahzan Manan tetap menghasilkan yang terbaik.

Sebagai komposer, pemuzik, pelukis, penulis, penyelenggara berbagai kegiatan muzik berkumpulan, atau sebagai pemimpin band, atau jurulatih koir dan lain-lain lagi Mahzan Manan tetap sentiasa mementingkan kualiti tertinggi. Beliau boleh dikatakan seorang perfectionist.
Beliau begitu berkeyakinan dalam apa sahaja yang hendak dilakukannya . . . terutamanya apabila berhasrat berkarya sehingga akhir hayat. Mudah-mudahan diizinkan Allah SWT.
Paling berkesan kata-kata semangat yang sering Penulis dengar diucapkannya ialah :
The best is yet to come!
And once again Sir, I trust . . .
God willing, that is not impossible,
Tuan Haji Mahzan Manan!
God willing, that is not impossible,
Tuan Haji Mahzan Manan!
dsuarang.blogspot.com
4 comments:
...terima kasih berkongsi Bang Uda..hari ni dpt moto baru.."The Best Is Yet To Come!"
...malulah org2 muda mcm saya ni kalau awal2 dah tekan brek..baru dpt sikit kejayaan, cepat rasa puas dan tk mahu mencuba lagi utk lebih baik.
Salam Jiff,
Sebaik-baiknya kita begitulah. Jangan mudah 'give up' dalam usaha mengejar kemajuan & kejayaan di dunia yg memang kita tahu 'fana' ini . . . bak kata-kata yg biasa kita dengar,"Seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi . . ."
Apabila ada contoh yg baik begitu . . . kita bertambah yakin dan bersemangat Insya-Allah . . .
All the best Jiff
Terimakasih atas coverage yg komprehensif dan menarik. Khususnya introductory yg interestingly tricky n very punchy. Article n the write up covers almost the whole cross section activities of the studios. Thanks.
Haji Mahzan Manan
iramastudios
Salam Tuan Haji,
Terima kasih kembali atas penghargaan yg tuan berikan terhadap entri ini. Semua yang tertulis merupakan pandangan ikhlas dari saya. True merit deserve honest appreciation!
And, last but not least, saya sudah sejak lama berasa bertuah mengenali tuan sebagai seorang sahabat yang sentiasa memberikan inspirasi.
TQ
Post a Comment